My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Duta Malaysia diberi kata dua


SEKUMPULAN anggota polis Indonesia mengawal keadaan di luar kediaman rasmi Duta Besar Malaysia di Jakarta semalam.


JAKARTA - Sekitar 500 warga Indonesia mengadakan demonstrasi bermotosikal di luar kediaman Duta Besar Malaysia di sini semalam kerana mengutuk penderaan seorang pembantu rumah Indonesia oleh majikannya di Malaysia.

Berang berhubung kes terbaru seorang pembantu rumah Indonesia dirogol dan diseksa di Malaysia, kumpulan penunjuk perasaan itu mengepung kediaman Duta, Syed Munshe Afdzaruddin dan menuntut beliau meninggalkan Indonesia dalam tempoh dua hari.

Pembantu rumah Indonesia yang dikenali sebagai Winfaedah yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia pada 17 September lepas dan berumur 26 tahun itu dikatakan telah didera secara fizikal dan seksual sejak lebih empat bulan oleh majikannya di Malaysia.

Ekoran itu, sepasang suami isteri telah ditahan polis pada 19 September lalu bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Mereka turut bergerak ke Kedutaan Malaysia dan mengancam menuju ke beberapa pusat membeli-belah dan hotel berdekatan untuk mengarahkan pelancong-pelancong Malaysia supaya meninggalkan negara itu.

Tunjuk perasaan tersebut berlangsung di bawah kawalan pihak polis.


SEJUMLAH penunjuk perasaan menunggang motosikal ke arah kediaman Duta Besar Malaysia di Jakarta semalam.


"Kami mahu Duta Malaysia meninggalkan Indonesia dalam masa dua hari. Sekiranya beliau enggan, kami akan mengosongkan rumahnya," kata anggota kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), Mustar Bonaventura.

Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh Bendera yang merupakan sebuah kumpulan nasionalis Indonesia.

"Malaysia benar-benar melampaui batas. Sekali lagi mereka menyeksa dan merogol pekerja domestik kita. Kami telah hilang sabar. Mereka menjatuhkan maruah Indonesia dan rakyatnya," tambah lelaki itu.

Penunjuk-penunjuk perasaan melaungkan kata-kata 'Orang Malaysia biadab, menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia di samping membawa sepanduk yang tertera slogan Ganyang Malaysia.

"Kami akan meminta pelancong-pelancong Malaysia di pusat beli-belah di Senayan supaya keluar (dari Indonesia). Namun, kami akan memberitahu mereka dengan cara sopan kerana kami bukannya zalim dan perogol seperti beberapa warga Malaysia," ujar Mustar.

Seorang jurucakap polis di Jakarta, Boy Rafli bagaimanapun meminta semua pihak supaya tidak bimbang kerana polis akan memastikan kumpulan tersebut tidak bertindak di luar batasan. - Agensi


Dipetik dari: http://kosmo.com.my

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts