My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Album baru Dayang selepas raya




SETIAP orang kebiasaannya mempunyai makanan rasmi atau dalam erti kata lain makanan wajib ada pada hari raya Aidilfitri yang disambut setiap tahun.

Tidak ketinggalan penyanyi bersuara lunak, Dayang Nurfaizah yang turut mempunyai juadah raya istimewa setiap kali tiba hari raya iaitu ayam masak merah yang dimasak sendiri ibunya.

Mungkin ia kedengaran seperti suatu menu yang biasa ditemui pada hari-hari biasa.

Namun bagi Dayang, dia serta tiga adik-beradiknya yang lain akan berasa pelik jika juadah itu tiada pada hari raya.

"Mungkin bagi sesetengah orang, ayam masak merah itu makanan biasa sahaja tetapi bagi kami adik-beradik ia sesuatu yang istimewa terutama apabila dimasak oleh emak."

Selain daripada lauk-pauk istimewa, pada hari raya juga sudah pasti masing-masing ada juadah kuih idaman untuk dinikmati kelazatannya.

Kebiasaannya, ramai yang menggemari kuih seperti tart nenas dan almond london, lain pula dengan Dayang. Namun, ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan Dayang adalah wanita kelahiran Sarawak, jadi sudah tentu kek lapis Sarawak turut menjadi pilihannya sebagai juadah istimewa raya.

Dayang bagaimanapun menjelaskan juadah kek lapis yang menjadi juadah wajib di pagi raya bukan sembarangan tetapi mesti yang asli.

"Kek lapis asli yang hanya mempunyai dua lapisan itu adalah kuih wajib keluaraga saya pada setiap tahun," tuturnya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Dayang Nurfaizah bersama anak-anak yatim dan kurang upaya di One Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Dayang, jika di Semenanjung Malaysia, setiap rumah akan meriah dengan kuih-kuih raya, namun lain pula di Sarawak.


SIKAP mesra dan keikhlasan diri Dayang jelas terserlah daripada cara dia melayani tetamu-tetamu istimewanya di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Rupa-rupanya ada pelbagai jenis kek lapis dan menurut Dayang apabila tiba raya, kek lapis yang dihasilkan adalah pelbagai jenis.

"Di Sarawak, kek lapis manjadi bahan yang memeriahkan menu ringan setiap rumah. Pada hari raya juga akan kelihatan kek-kek lapis yang jarang dilihat.

"Di rumah keluarga saya, kek lapis yang menjadi pilihan pada hari raya ialah jenis asli. Kek lapis itu wajib ada setiap hari raya," ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Dayang, dia kini dalam proses untuk menyiapkan lagu terakhir untuk album penuhnya.

"Saya menjangkakan album itu akan dikeluarkan selepas raya nanti.

"Album itu nanti akan dimuatkan sebanyak 12 buah lagu," katanya yang sedang berhari raya di Kuching, Sarawak.

Sementara itu, Dayang meraikan seramai 115 orang kanak-kanak dari Asrama Baitul Ummah, Pusat Pertuturan KIU dan PDK Selayang dalam Majlis Berbuka Puasa Dayang Nurfaizah dan Bangsar Seafood baru-baru ini.

Pada majlis itu Dayang dilihat begitu teruja dan mesra melayani tetamu-tetamu ciliknya itu.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts