PETALING JAYA - Kastam Diraja Malaysia Kuala Lumpur berjaya mematahkan percubaan menyeludup mercun dan bunga api bernilai RM250,320 dengan anggaran cukai sebanyak RM162,708 di dalam sebuah lori di jalan Plaza Tol Changkat Jering, Perak, Ahad lepas.
Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan Kuala Lumpur, Jaafar Mat Jawi berkata, bertindak atas risikan, sepasukan pegawai dan anggota menahan lori itu kira-kira pukul 11 malam.
"Lori itu ditahan di tepi jalan berhampiran plaza tol berkenaan. Namun pemeriksaan ke atas lori mendapati tiada individu di dalamnya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan di belakang bahagian lori itu, kastam menemui sebanyak 425 karton mercun dan bunga api daripada pelbagai jenama dan jenis.
"Sisatan awal mendapati mercun dan bunga api itu dipercayai diseludup dari Thailand untuk dipasarkan di sekitar Lembah Klang sempena musim perayaan ini.
"Pihak kastam akan meneruskan siasatan berdasarkan dokumen yang dirampas di dalam lori tersebut sehingga tertangkapnya syarikat atau individu yang menjadi dalang dalam penyeludupan dan pengedaran barang terlarang ini," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda tidak lebih daripada 10 kali ganda amaun duti kastam atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti penyeludupan, pengedaran dan penjualan barang larangan atau belum lulus kastam supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-8855.
"Saya juga menasihatkan orang ramai agar tidak membeli, mengedar dan bermain mercun atau bungapi sepanjang bulan perayaan ini demi keselamatan masing-masing," katanya.
Sumber dari: http://www.sinarharian.com.my
Jom Layan link-link dibawah nie..
@@ Followers @ @
Pembaca Berita PANAS!
Popular Posts
-
Aksi Nabil dan Uqasha yang dinafikan Nabil... Adakah superimposed?? Kalo ianya superimposed kenapa terkejut beruk ketika ditanya wartawan?? ...
-
KUALA LUMPUR: Pertanyaan ringkas ‘Bos! mau Amoi...murah RM200 sahaja’ adalah antara ayat pelaris digunakan sekumpulan ‘bapa ayam’ yang gia...
-
foto diambil dari blog : click sini KOTA KINABALU: Selepas heboh dengan aksi video kelakuan tidak bermoral pelajar sekolah, kini ma...
-
MARI saya jawab terus pertanyaan "Siapa gadis manis bertudung ini?". Dia ialah bunga yang sedang berkembang dan nama penuhnya Ok...
-
Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?......
-
AKTIVITI SAMBILAN... membuat persediaan melayan pelanggan di rumah. KUALA LUMPUR: Sekali imbas, sebuah rumah di Ampang, dekat sini, kel...
-
Raid on US airbase in Jalalabad repulsed while bomb blast in Kunduz leaves civilians and policemen dead. Afghan National Army soldie...
-
KUALA LUMPUR: Pada mulanya dia hanya suka-suka mencari kenalan baru menerusi laman sembang ketika melayari Internet sambil mengulang ka...
-
KUALA LUMPUR: Di sebalik tubuh sasa dan tampan, tiada siapa menyangka seorang lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari pantai timur itu p...
-
baiknyer posing pokok berbentuk org nie...yg c tua tue dok usha aper laa.. Takut hilang selipar, di kuncinya dengan mangga Akan Datang...