My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Wowwww..... Panas!!!

KUALA LUMPUR: “Saya mohon maaf di atas ketelanjuran saya berpakaian pada malam itu,” kata pelakon jelita, Rozita Che Wan, mengulas kontroversi yang mencetus perdebatan dalam laman blog hiburan serta ruangan gosip di media cetak.

KONTROVERSI...Rozita bersama artis yang hadir pada Konsert Akhir  AF8.
KONTROVERSI...Rozita bersama artis yang hadir pada Konsert Akhir AF8.

Justeru, dia berharap tidak perlulah semua pihak memperbesar atau mensensasikan isu terbabit.


“Saya tak nak komen banyak-banyak mengenainya,” katanya dalam kenyataan melalui SMS kepada Metro Ahad ketika diminta mengulas isu skirt pendek yang dipakainya ketika menghadiri Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8).


Isu berkenaan mula tercetus apabila gambar Rozita bersama seorang lagi pelakon, Azza Elite, duduk dengan keadaan seksi disebabkan skirt dipakainya agak singkat, tersebar dalam beberapa blog hiburan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi, tambahan pula pelakon kelahiran Alor Setar, Kedah, itu, menunaikan umrah baru-baru ini.


Ada yang mendakwa pakaiannya dengan skirt pendek paras atas lutut hingga menampakkan paha putihnya itu dan Azza Elite yang juga berskirt singkat amat tidak sesuai kerana konsert berkenaan dihadiri ramai remaja.

Mengenai isu berkenaan yang sengaja disensasikan, terutama di blog hiburan, Rozita berkata, ia hak sesiapa untuk menulis apa yang mereka mahu.


Menurutnya, dia juga bukan sengaja mahu menunjukkan pakaiannya pada malam itu, apatah lagi untuk dirakamkan gambarnya untuk tontonan umum, terutama di Internet. “Ketika jurugambar nak ambil gambar saya malam tu, saya dah tanya, nampak peha tak? Dia jawab close-up saja...tak sangka pula jadi macam ini, apapun saya minta maaf di atas ketelanjuran saya berpakaian.


“Saya tahu ramai (wartawan) yang cari saya untuk minta komen mengenai isu itu. Saya malas nak cakap apa-apa lagi...lagi pun benda tak elok tidak payah nak diperbesarkan,” katanya.


Rozita yang kerap dikaitkan dengan orang kenamaan mengumumkan dia bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang pemuda yang kini berkhidmat di sektor perbankan di Singapura.


Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, bakal berhenti daripada lakonan kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dan anak.


Difahamkan, pelakon itu menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah sekali lagi pada Ramadan nanti.

Sumber dipetik: http://www.hmetro.com.my

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita dgr apa kata Gayah Gebu:

Sumber dari: http://www.hmetro.com.my

GAYAH GEBU: Spesies tak makan saman

ISU artis berpakaian menjolok mata sudah banyak kali Gayah bebelkan. Rasa sudah naik muak untuk memperkatakannya. Bagaimanapun, minggu ini Gayah nak bebel lagi pasal isu itu sebab geram sangat.

Nak kata tak matang, masing-masing dah dewasa, dah rasa jadi isteri dan ibu. Namun penampilan mereka ketika hadir konsert akhir AF8, umpama orang yang cetek fikiran.


Entah apa masalah yang dihadapi, mereka muncul dengan memakai skirt pendek atas paras lutut! Alahai... nak bergaya sekalipun tidak perlulah tampil begitu. Takkan nak tarik perhatian orang.


Korang dah memang cantik pada pandangan peminat, tak perlulah pakai seksi sangat. Tak pakai seksi pun sudah jadi perhatian ramai. Gayah masih ingat wajah salah seorang artis itu ketika memakai tudung.


Sejuk hati Gayah sebab artis itu nampak manis sangat. Tidak boleh ke pakai pakaian yang lebih sopan? Kalau Gayah ada kuasalah, memang Gayah tak benarkan mereka masuk. Gayah suruh mereka balik rumah dan salin baju yang sopan sikit. Tengoklah sekarang... gambar korang dah tersebar. Berapa ramai mata yang melihat, termasuklah lelaki hidung belang.

Salah seorang artis itu baru saja mengerjakan umrah dan pernah kata nak bersara tahun depan sebab tak tahan ditohmah. Apa tak boleh fikir ke? Dah kau pakai macam itu, memang mintak ditohmah.


Aduh... Gayah tengok kau macam orang tak ada pendirian. Yang lagi seorang, selalu sangat buat hal. Gayah dah cop dia memang jenis tak makan saman.


Apapun, pelik jugalah Gayah. Rasanya dua artis itu bukanlah rapat sangat, tetapi boleh hadir dengan penampilan 'seksa' dan duduk pula bersama. Macam dah dirancang pula.


Tak tahulah Gayah. Tapi, dengar ceritanya asalkan lalu depan penonton, korang dapat sorakan. Wah... dapat glamor lebih nampaknya. Kembang kuncup hidung gamaknya.


Tahap seksi artis kita semakin lama semakin menjadi-jadi. Sekarang, ada yang memuji penampilan seperti itu, nanti lama kelamaan, yang menegur agaknya akan dikecam sebab yang memuji lebih ramai.


Iskh... tak mustahil boleh jadi begitu, al-maklumlah akhir zaman. Makin besar kepalalah artis yang termasuk dalam golongan berkenaan. Alahai... tak kuasa Gayah bebel lagi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

betul tue cik gayah oii... mmg nk cari publisiti jea... oooooppsss... kalo dah pakai seksi tue nk cover2 lg buat per??? dah sendiri nk dedahkan lg mau tutup2... terlaser plak huhuhuh....

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts