My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Pengaruh fesyen Madonna


CANTIK seperti ibunya, Madonna, Lourdes gemar mengenakan persalinan hitam dalam setiap penampilannya.


WAKTU ini jika ditanya siapakah anak selebriti antarabangsa yang paling bijak berfesyen, nama Lourdes Maria Ciccone Leon, 14, pasti menduduki tempat teratas.

Seiring dengan kreativiti dan sentuhan fesyen seperti ibunya, anak kepada legenda muzik Madonna gemar bereksperimen dengan setiap item fesyen agar penampilannya sentiasa menawan, ceria dan funky.

Walaupun menemani ibunya menghadiri majlis berprestij atau acara karpet merah, Lourdes akan memastikan busana yang membaluti tubuhnya tidak lari dengan imej remaja.

Busana berwarna hitam dan kasut but sudah begitu sinonim dengan remaja yang lahir pada 14 Oktober 1996 itu.

Apatah lagi Lourdes dilihat cenderung dengan konsep fesyen ranggi, rock dan funky.

Elemen fesyen yang dipraktikkan itu jelas terserlah dengan kehadiran pelengkap gaya seperti jaket kulit, seluar potongan tirus dan selendang rona suram.

Tata rias remaja yang suka tersenyum itu lebih selesa dan santai apabila membiarkan rambutnya mengurai tanpa perlu didandan secara keterlaluan.

Pada masa yang sama, gadis itu tidak lupa mencalitkan gincu bibir warna natural dan memakai cermin mata pelbagai warna agar penampilannya kelihatan segar dan ceria.

"Lourdes merupakan remaja dan anak selebriti popular yang memiliki cita rasa dan sentuhan stail yang menakjubkan.

"Gayanya yang funky benar-benar memberi inspirasi pada golongan remaja dan himpunan pakaian labelnya sendiri, Material Girl," jelas Ketua Pegawai Barangan Macy, Jeff Gennette dalam satu temu bual.

Kini Madonna dan Lourdes semakin sibuk mengendalikan bisnes pakaian dan aksesori jenama Material Girl.

Kewujudan koleksi itu di pasaran fesyen adalah untuk memberi peluang dan idea kepada golongan remaja yang obses pada fesyen.


Sumber dari : http://kosmo.com.my

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

ank borek mak cirit.... hahahaha...

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts