My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

SPM lawan Dr. Perubatan : Silap cakap kena bedah...hehehe

GUA MUSANG: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November depan sah menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Abd Aziz Yusoff, 49, bekas Pengurus Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menentang calon Pas, Dr Zulkefli Mohamed, 44, seorang doktor perubatan.

Abdul Aziz yang diiringi beberapa pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) dan Umno diketuai Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan menyerahkan borang pencalonannya jam 9.07 pagi di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.


Dr Zulkefli yang diiringi beberapa pemimpin tertinggi pembangkang diketuai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan borang pencalonannya jam 9.33 pagi.


Antara pemimpin tertinggi Umno yang hadir termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad; Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin; Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sementara itu, Abd Aziz ketika ditemui sebaik proses penamaan calon selesai, berkata BN mempunyai peluang untuk merampas semula kerusi DUN Galas daripada Pas yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum 2008 dengan majoriti 646 undi.


“Saya akan mula turun menemui seramai mungkin pengundi untuk mengenali mereka secara lebih dekat dan mengetahui masalah dihadapi mereka,” katanya.

Mengenai isu taraf pendidikannya sekadar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mungkin dibangkitkan pembangkang berbanding calon Pas, seorang doktor perubatan lulusan Universiti Malaya, beliau berkata, dirinya tidak gentar dengan tindakan itu memandangkan dia anak jati Gua Musang serta sudah lama berkhidmat kepada masyarakat setempat, malah sebelum dipilih sebagai calon BN lagi.

Mangsa Merapi Meletus: "Macam Mumia Padang Pasir"


GUNUNG MERAPI: Gunung berapi yang menunjukkan tanda meletus kuat akhirnya memuntahkan debu panas semalam menyebabkan 20 penduduk cedera.
Saintis memberi amaran bahawa tekanan yang terkumpul dalam kawah mungkin menyebabkan letusan terkuat dalam tempoh beberapa dekad lalu.
Seorang wartawan AP menyaksikan sehingga 20 orang menerima rawatan akibat kecederaan mereka.


Subandriyo, ketua pakar gunung berapi di kawasan itu berkata, Gunung Merapi mula meletus jam 5.02 petang waktu tempatan diikuti, kedua pada jam 5.19 petang waktu tempatan dan ketiga jam 5.34 waktu tempatan. Ia menggelodak dan mengaum selama beberapa jam.


SEORANG kanak-kanak berada di padang golf ketika Gunung Merapi memuntahkan debu panas ketika letusan 2006.
SEORANG kanak-kanak berada di padang golf ketika Gunung Merapi memuntahkan debu panas ketika letusan 2006.



CLICK to SEE IT


“Bunyi kuat di gunung itu berlaku agak lama, mungkin 15 minit. Selepas itu, kepulan debu panas mula melonjak ke udara,” kata Sukamto, petani yang belum meninggalkan kediamannya di lereng gunung berkenaan.



Saintis memberi amaran tekanan yang terbina di bawah kawah lahar merapi mungkin mencetuskan letupan paling berkuasa sejak beberapa tahun lalu.
“Kekuatan tekanan semakin meningkat. Kami harap ia dapat dilepaskan perlahan-lahan. Jika tidak, letusan kali ini mungkin paling kuat sejak bertahun-tahun lalu,” kata pakar gunung berapi, Surono.

Ribuan penduduk di cerun gunung sudah dipindahkan. Namun, kebanyakan yang berpindah ialah orang tua dan kanak-kanak sementara dewasa tinggal untuk menjaga rumah dan ladang.

Pada 2006, muntahan gas dan batu panas di lereng gunung Merapi menyebabkan dua kematian. Letusan pada 1994 pula membunuh 60 orang manakala 1,300 terkorban dalam letusan pada 1930.

Agensi berita Antara melaporkan, dua mangsa debu panas sudah dirawat di Rumah Sakit Panti Nugroho, Pakem. – AP/Agensi

Rita & Aidil: Belum "CERAI", Aidil tuntut anak!

Habis Madu sepah dibuang.... itulah perumpamaan MELAYU yang selalu kita dengar... 
Ikuti kisah ini







Aidil tuntut jaga anak







Saat Bahagia pasangan dua sejoli ini(gambar di bawah)





KENANGAN...Mohd Aidil bersama Rita Rudaini ketika saat bahagia mereka.
KENANGAN...Mohd Aidil bersama Rita Rudaini ketika saat bahagia mereka


SEREMBAN: Selepas beberapa laporan berhubung keretakan rumah tangga mereka dipaparkan media, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, memfailkan permohonan sulh (perbincangan) dan hak penjagaan anak terhadap isterinya yang juga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Sumber rapat dengan Mohd Aidil Zafuan berkata, pemain itu yang mesra dengan panggilan Aidil ke mahkamah dengan ditemani seorang peguam syarie pada kira-kira jam 11 pagi semalam.


“Apa yang dilakukannya ini adalah untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya yang berlarutan sehingga menjadi perhatian orang ramai.


“Melalui kaedah sulh itu, kedua-dua pihak akan dipanggil untuk berbincang secara baik selain diberi kaunseling untuk menyelesaikan pertikaian dihadapi mereka tanpa melalui proses perbicaraan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai permohonan hak jagaan anak dan perceraian, sumber itu berkata, pasangan berkenaan belum bercerai.


Sementara itu Aidil yang ditemui di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi ketika menjalani latihan bersama skuad Negeri Sembilan bagi menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kelantan Sabtu ini, mengesahkan dia pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah bersama seorang peguam.








Bagaimanapun, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakannya itu.


“Ia berhubung urusan keluarga dan saya tidak mahu mendedahkannya kerana mahu menjaga kepentingan banyak pihak,” katanya.


Ketika diminta mengulas lanjut, beliau berkata, perbincangan dengan isterinya masih berjalan dan banyak lagi yang perlu diteliti mereka sebelum membuat sebarang keputusan.


Bapa Aidil, Abd Radzak Salleh, 61, ketika ditanya mengenai tindakan anaknya mendakwa dia tidak tahu apa-apa.


“Aidil memang tinggal di sini (rumah keluarga di Sikamat, Seremban) kerana menjalani latihan pusat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.


“Namun, saya tidak tahu apa-apa mengenai tindakan itu kerana dia hanya memberitahu hendak ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menguruskan penukaran nombor pendaftaran kereta, pagi tadi (semalam),” katanya.


Harian Metro sebelum ini menyiarkan kenyataan Rita yang mendakwa rumah tangganya bersama Aidil yang dibina atas dasar cinta, mulai goyah disebabkan campur tangan keluarga mentuanya.



Pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga suaminya.


Hasil perkahwinan lebih dua tahun itu, Aidil dan Rita dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin yang kini berusia setahun tiga bulan.

Dipetik dari: myMETRO

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts