My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Mati Kena Tikam: Padah ganggu adik perempuan


ABDUL GHAFAR menunjukkan gambar Maung Sho yang dipercayai boleh membantu siasatan satu kes bunuh melibatkan rakannya di Pokok Sena, Alor Setar semalam.



ALOR SETAR – Akibat tidak puas hati kerana adik perempuannya diganggu, seorang lelaki Mynmar dibunuh oleh rakan senegaranya di sebuah rumah kongsi di kilang bihun Jalan Kedondong, Pokok Sena di sini semalam.

Mangsa, Khaw Khaing Soe, 31, dipercayai dibunuh oleh Khin Maung Cho, 25, gara-gara mengganggu adik perempuan suspek yang baru sampai di negara ini 15 hari lalu.

Kesemua mereka bekerja di kilang bihun itu selama antara empat bulan hingga enam tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengganggu adik perempuan suspek sehingga menimbulkan kemarahan lelaki itu.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di hadapan salah sebuah rumah kongsi dengan satu kesan tikaman pada dada.

“Mangsa yang bekerja di situ sejak enam tahun lalu merupakan ketua rumah kongsi itu. Suspek kini menghilangkan diri,” katanya di sini semalam.

Sumber dari: KOSMO! Online

Kasih Suami: Lemas selepas selamatkan isteri


NORFARIDAH (dua dari kiri) tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu jenazah suaminya,
Mohd. Hazrul (gambar kecil) di HTAA, Kuantan semalam.


KUANTAN – Seorang suami, Mohd. Hazrul Abdul Jalil, 26, mati selepas berjaya menyelamatkan isterinya daripada lemas semasa mereka mandi di pusat perkelahan Pasir Kubur, Sungai Lembing di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, pasangan yang baru berkahwin pada 9 Oktober lalu itu lemas ketika mereka mandi di Sungai Jin di situ.

Adik mangsa, Mohd. Helmi, 25, berkata, sebelum tragedi itu, mereka sekeluarga iaitu Mohd. Hazrul, isterinya, Norfaridah Mohd. Amin, 26, dan ibu mereka, Zaidah Abdul Aziz, 55, bertolak dari rumah di Kampung Pulau Tambun, Pekan untuk berkelah di sana.

“Semasa mandi, abang dan isterinya berada di bahagian tengah sungai yang agak dalam.

“Tiba-tiba saya yang mandi di tepi nampak abang dan kakak ipar seperti tergelincir lalu tenggelam, mungkin kerana ada pasir jerlus di situ,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam.

Kata Mohd. Helmi, dalam sekelip mata, mereka berdua hanyut dibawa arus deras dan kelihatan Mohd. Hazrul sempat memegang isterinya dan melonjakkan badan Norfaridah ke atas bagi membolehkan dia bernafas.

Katanya, selepas kira-kira 60 meter dibawa arus, pasangan itu kemudian sampai ke lokasi air cetek dan berjaya ditarik ke tebing oleh orang ramai.

Sumber dari: KOSMO! Online

Maya tolak persepsi 'Janda panas'




“HARAP-HARAPLAH jangan sampai digelar ‘janda panas’. Rasanya apa yang diperkatakan tentang saya ketika ini sudah sampai satu kemuncak yang maksimum.”

Itulah ekspresi jelitawan popular, Maya Karin apabila seorang lagi lelaki popular, Yusry Abdul Halim dikaitkan dengannya selepas pelakon Remy Ishak.

Empat bulan menyandang status janda, Maya menyedari ada suatu kelainan yang berlaku terhadapnya.

Sesuatu yang pelik tetapi tidak ketara berbanding dua fasa hidupnya sebelum ini: Ketika masih bujang dan ketika menjadi isteri orang.

“Saya cuma keluar makan malam dan menonton wayang, tiba-tiba ia menjadi berita yang sensasi. Saya masih pelik sebabnya bertahun-tahun sebelum ini tiada kisah sebegitu.

“Selepas cerai sahaja, tiba-tiba mata orang luar menjadi semakin tajam. Itu yang terdetik dalam fikiran, rasa risau pun ada juga,” Maya berdesis seraya tergelak kecil.

Melalui matanya, terbit satu sinar. Mahu tidak mahu, ‘si janda panas’ itu harus sedar bahawa terjunjungnya status itu di atas batu jemala, ia seperti magnet yang menarik segala perca dan puin sensasi untuk datang ‘berumah dan berkongsi makan’ di tepi kainnya.

Ia melarutkan bekas isteri Steven David Shorthose itu dengan sebuah persoalan tentang harga dan permintaan kewanitaannya ketika ini.

Pada mulanya Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 itu sedikit kabur. Penulis permudahkan.

Tersedarkah dia terhadap perbezaan rasa yang menyelinap, atau situasi kendirinya sekadar biasa, tiada ubah seperti hari-hari semalam yang telah mencorakkan warna kematangan ke atas namanya.

Maya ialah seorang wanita yang menjengah satu lagi fasa kematangan, daripada era solo kepada dunia perkahwinan dan sekarang sedang mendepani zaman menjanda.

Adakah keperluan dan permintaannya juga berubah mengikut fasa yang dilalui?

“Sejak dari dulu lagi, saya cuba letakkan diri pada tahap yang dihormati, dan saya masih melakukan perkara yang sama.

“Dalam masa yang sama, pada usia dan status saya ketika ini, saya tetap ingin menghadapi hidup dengan jiwa yang lincah, muda dan tidak gentar dengan cabaran,” ujarnya ringkas.

Maya baru

Berbaki tempoh tidak sampai dua bulan sebelum menghabiskan tahun 2010 yang mencatat sejarah peribadi kepada pemilik nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, wanita berdarah kacukan Jerman dan Melayu itu menunggu halaman baru untuk dilatari.

Lembaran yang dimaksudkan itu tidaklah sehingga mempersembahkan Maya versi baru.

“Apa yang baru itu sekadar kejiwaan, ia lebih bersifat kerohanian. Dari segi luaran, fizikalnya masih sama, tidak akan ada perubahan yang ketara,” ulasnya.

Sambil membayangkan Natrah, watak miliknya di pentas teater Natrah yang sekali lagi kembali ke Istana Budaya (IB) pada 25 November bakal divariasikan dengan sentuhan yang lebih berilmu, Maya berkata:

“Saya harapkan penerimaan yang sama, bahkan lebih baik berbanding pementasan tahun lepas.

“Pengalaman dan skil berlakon teater memberikan saya persediaan mental dan fizikal untuk Natrah. Lagipun, rakaman teater itu sudah disiarkan di kaca televisyen. Jadi, saya harap demam Natrah akan kembali sekali lagi!”

Penulis mengusik Maya dengan sepotong ayat, bukan demam Natrah sahaja, tetapi ‘demam asmara’ bersama Rosli Dhobi juga akan kembali menghangatkan suasana nanti.

Pemegang karakter Natrah itu mengangguk dan tersenyum. Anak matanya bersinar. Dia tidak jengkel atau sinis diusik begitu.

“Kita sama-sama tengoklah nanti. Kebelakangan ini, kami jarang berjumpa, tetapi bila sudah ada projek yang sama begini, setiap hari kami akan bertemu.


MAYA KARIN masih seorang selebriti yang ‘mahal’ di mata kebanyakan orang.
Bagaimana dan apa yang dilakukan, formulanya dia hanya berpegang pada prinsip menjaga kehormatan diri sebagai figura awam.
Itu asas yang paling kukuh.


“Semuanya atas dasar kerja dan harap-harap kerja kami itu akan disukai penonton,” katanya sambil tidak menafikan ada kemesraan sebagai sahabat bersama Remy yang sebumbung pengurusan dengannya di Satu Entertainment Sdn. Bhd. Remy melakonkan watak Rosli Dhobi dalam teater Natrah.

Berbalik kepada termometer yang memanaskan namanya akhir-akhir ini, kontrak Maya sebagai pengacara Nona untuk musim 2011 tidak disambung. Ia sekali gus membayangkan kegagalannya yang dikatakan punca kejatuhan rating program popular TV3 itu.

Selepas 52 episod mengendalikan Nona, Maya tidak berkecil hati atas rungutan yang diterima. Maya sendiri realistik.

Ketika Nona dikatakan tidak serasi dengan Maya, bekas pengacara program Ratu Sehari itu sendiri tidak seratus-peratus likat bersama aliran Nona.

“Saya akui tidak seratus-peratus serasi dengan Nona. Ia sebuah program yang ada sejarah yang gemilang, ada banyak ekspektasi orang terhadap Nona, tidak seperti Ratu Sehari atau Beauty Secrets From The East... itu program saya.

“Konsep dan jiwa Nona sangat ‘Melayu’, positifnya saya dapat belajar budaya dan jiwa Melayu yang tulen menerusi Nona,” katanya tanpa sesal atau terkilan dengan perlucutan tugasan itu kepada pengacara lain untuk musim 2011.

Untuk bergelar pengacara versatil, dia sedar pelbagai spektrum pengacaraan harus dilalui sama ada program berbahasa Inggeris, berbentuk muzikal, kewanitaan atau kecantikan.

“Saya tidak boleh kekal hanya dengan satu bentuk pengacaraan. Secara peribadi, saya sudah mengesan risiko sejak mula menerima kerja ‘besar’ bersama Nona,” luahnya.

Tidak terkesan emosi yang dalam terhadap tugasan yang harus dilepas, wanita berusia 31 tahun itu yakin peminat dan masyarakat umum bijak membuat justifikasi terhadap siapa dan mengapa mereka meminati mana-mana selebriti.

Contoh paling hampir ialah pencalonannya bersama Vanidah Imran, Fazura, Nora Danish, Scha Al-Yahya dan Mizz Nina dalam kategori Hot Chick Award dalam Shout! Award 2010. Ia membuktikan wanita matang diperlukan dalam industri seni.

Sumber dari: KOSMO! Online

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts