My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

RM2 juta hangus: Pasaraya di Wangsa Maju

31/10/2010 4:15pm

KUALA LUMPUR - Sebuah pasar raya di Wangsa Maju di sini dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM2 juta selepas sebahagian besar premis itu musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Selain itu, barangan jualan basah dan kering pasar raya tersebut turut musnah.

Pegawai Operasi 2 Balai Bomba dan Penyelamat Setapak Kusin Bidin berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.01 pagi mengenai kejadian itu dan sejumlah lima jentera dari Setapak, Wangsa Maju, Jelatek, Hang Tuah dan Gombak Selatan dikejarkan ke tempat kejadian. - Bernama

17 DITAHAN POLIS: Berpesta di bawah pengaruh dadah

31/10/2010 5:22pm

PORT DICKSON - Polis menahan sembilan wanita dan lapan lelaki yang sedang leka berpesta di sebuah bilik hotel di sini awal pagi ini selepas ujian mendapati semua mereka positif menggunakan dadah.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Baljeet Singh berkata, semua mereka yang berumur dari belasan tahun hingga sekitar 30-an itu ditahan pada kira-kira pukul 3.15 pagi selepas polis menerima aduan daripada penghuni hotel yang lain mengenai bunyi bising di bilik itu.

"Siasatan awal polis mendapati kumpulan lelaki dan wanita itu masuk ke hotel berkenaan semalam dan kebanyakan mereka berasal dari luar Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi di sini. - Bernama

5 MAUT: kereta bertembung van

31/10/2010 7:40pm

SETIU - Empat sekeluarga termasuk seorang bayi berumur setahun antara lima yang terkorban dalam kemalangan ngeri melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 67.5 Jalan Penarik, Permaisuri di sini hari ini.

Dua lagi parah manakala 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan ketika hujan lebat antara kereta Proton Wira dan sebuah van berhampiran Kampung Nyatuh, di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Mereka yang maut ialah pemandu kereta Proton Wira, Noorazdy Yelwy Sidek, 32; adiknya, Noorazry Elmy, 29; Noor Afzan Efizalman, 16; Nor Amisya Maisarah, anak Noorazry Elmy yang berumur setahun.

Turut terkorban seorang penumpang van, Mek Wook Yacub, 76. Kesemua mereka berasal dari Besut.

Kesemua yang terbunuh kecuali Nor Amisya Maisarah disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala dan tersepit dalam kenderaan. - Bernama

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts