My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

TERJAWAB: Rupanya BELON parti Guru

GAMBAR yang dirakamkan pada Rabu lalu menunjukkan objek misteri (dalam bulatan) yang bercahaya di langit Manhattan, New York.


NEW YORK - Objek terbang tidak dikenali (UFO) yang menggemparkan penduduk di bandar raya ini pada Rabu lalu dipercayai beberapa belon parti sebuah sekolah di Westchester, lapor sebuah akh bar semalam.
Seorang guru besar Sekolah Milestone di Mount Vernon, Westchester, Angela Freeman berkata, seorang ibu membawa empat dozen belon untuk parti meraikan seorang guru. "Tiba-tiba, 12 daripada belon itu terlepas," katanya.
Ia terlepas ke udara pada kira-kira pukul 1 petang manakala satu objek yang disangka UFO dilihat buat kali pertama di Manhattan pada pukul 1.30 petang.
"Ia munasabah (UFO itu sebenarnya belon). Belon itu bergerak ke West Side (New York)," kata guru besar itu.
Kemunculan objek misteri itu menyebabkan ramai orang menghubungi talian kecemasan 911 pada Rabu lalu.
Seorang ahli meteorologi di Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Brian Ciemnecki berkata, angin mungkin dengan mudahnya menolak belon itu ke Manhattan di New York.
Sebelum dia membuat kenyataan itu, Pengarah Pusat Laporan UFO Kebangsaan, Peter Davenport menyatakan, berdasarkan pendapatnya, objek misteri itu sebenarnya adalah belon. - Agensi

Dipetik dari: http://kosmo.com.my/

Dituduh Membazir: Sultan JOHOR Dihina


SEORANG pelayar Internet melihat akaun Facebook yang menghina Sultan Johor semalam.


JOHOR BAHRU - Kes penghinaan terhadap institusi diraja Johor di Facebook masih tidak berkesudahan. Terbaru, kemuliaan hati Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa tinggi untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Isnin lalu disifatkan perbuatan membazirkan wang rakyat oleh satu pemilik akaun Facebook.
Pemilik akaun terbabit juga dipercayai menggunakan gambar seorang remaja perempuan bagi mengaburi pihak berkuasa.
Difahamkan, pemilik akaun terbabit telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan berunsur menghina institusi diraja Johor serta PDRM sebelum ini sebelum dinyahaktifkan beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, akaun terbabit dipercayai telah diaktifkan semula pada bulan lepas.
Pemerhatian Kosmo! di laman sosial berkenaan semalam mendapati akaun itu masih aktif.
Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan Facebook itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara pada pukul 4.33 petang kelmarin.
Menurut beliau, pihaknya kini sedang menyiasat perkara tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
"Kita akan siasat laman ini yang dilaporkan mengandungi maklumat palsu termasuk jika ada unsur hasutan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Johor di sini semalam.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my

MARK WAHLBERG




MARK WAHLBERG selama ini dikenali bukan sebagai pelakon yang boleh membuatkan penonton ketawa dengan lakonannya di layar perak. Daripada Boogie Nights, filem awal yang menyerlahkan bakat lakonannya di layar perak, sehinggalah kepada filem Max Payne, karakter lakonan Mark tidak dikaitkan dengan humor semuanya, kalau tidak serius pun, ia akan lebih menjurus kepada aksi.
Namun menerusi filem terbarunya, The Other Guys, sisi lain Mark Wahlberg diserlahkan. Menjadi filem komedi pertama lakonannya, The Other Guys menggandingkan Mark dengan dua nama yang sering berkolaborasi menerusi siri filem komedi iaitu pengarah Adam McKay dan pelakon komedi terkenal Will Ferrell.
Plotnya berkisar tentang dua orang polis, Detektif Terry Hoitz (Mark Wahlberg) dan Detektif Allen Gamble (Will Ferrell) dengan latar belakang berbeza, digandingkan untuk menyelesaikan kes jenayah berprofil tinggi.

MARK WAHLBERG mengaku mahu mencuba semua jenis karakter termasuk komedi.


Biarpun berunsur komedi, The Other Guys turut menyelitkan elemen aksi dan jenayah. Ikuti temu bual bersama Mark Wahlberg tentang pengalamannya berlakon filem yang turut menampilkan lakonan Samuel L. Jackson, Eva Mendes, Steve Coogan dan Dwayne ‘The Rock’ Johnson itu.
Bagaimana anda boleh terbabit dengan projek filem ini. Adakah anda peminat filem-filem arahan Adam Mckay dan lakonan Will Ferrell?
Saya sememangnya peminat filem-filem Adam dan Will, dan mereka berdualah yang telah menjemput saya untuk makan malam bersama mereka bagi berbincang mengenai projek filem yang menggandingkan kami bertiga ini.
Pada mulanya saya ingat mereka hanya berjenaka, namun mereka sebenarnya serius mahu menghasilkan skrip filem ini. Sungguh saya tidak mempercayainya.
Anda telah mengabadikan diri dalam dunia filem drama dan aksi, jadi kenapa sekarang mahu berlakon dalam filem komedi pula?
Saya mahu berlakon semua genre filem. Saya mahu mencuba semuanya dan saya mahu melakukannya. Jika saya bijak memilih dalam apa yang saya buat, maka hasilnya baik.
Saya menyatakan persetujuan untuk berlakon filem ini tanpa melihat hasil skripnya. Saya memang tak kisahkan skripnya kerana saya memang bercita-cita untuk berlakon dalam filem komedi. Berlakon filem ini seperti mimpi yang menjadi kenyataan.
ANTARA babak menarik dalam The Other Guys.


Will dan Adam sudah lama berkolaborasi, jadi dari perpektif anda sebagai orang luar, apakah yang boleh anda ceritakan tentang dinamik mereka di set penggambaran The Other Guys.
Oh, ia sangat hebat. Mereka bukanlah jenis yang berkumpul sesama mereka dan membiarkan saya keseorangan, tetapi mereka jenis terbuka. Mereka mengalu-alukan semua orang untuk bersama mereka memberikan idea dan membuatkan kami semua berasa ada kepentingan dalam satu kumpulan yang sama.
Ketika berlakon filem ini, adakah anda melihat banyak ruang untuk meningkatkan tahap lakonan, dan jika ada, adakah ia sesuatu yang anda memanfaatkannya?
Sememangnya. Kami membuat penggambaran mengikut skrip untuk beberapa jam di sebelah pagi dan kami melakukannya dengan pantas. Semua orang bekerja keras dan semua mahu melontarkan idea masing-masing, sememangnya pengalaman ini menyediakan banyak membantu saya bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman tentang lakonan yang belum saya ketahui.
Adakah babak tertentu dalam filem ini yang anda paling suka dan adakah ia meninggalkan momen yang paling menimbulkan memori ketika di set penggambaran?
Semua babak filem ini meninggalkan memori tersendiri buat saya, kerana kami semua mengalami keseronokan pada setiap hari penggambaran.

KELUARGA bahagia. Biar sibuk dengan dunia lakonan, Mark sering menghabiskan masa bersama keluarganya.


Saya disuruh menjadi lebih gila dan gila. Namun, babak yang paling tidak boleh saya lupakan ialah ketika karakter lakonan saya, Will, Eva dan Steve bersama dalam sebuah kereta. Ini kerana hanya kami berempat berada dalam kereta itu di atas pentas dan ‘berlakon’ seolah-olah kereta itu bergerak dan dalam masa yang sama pelbagai barangan dibuang ke arah kami.
Adakah anda fikir boleh mengekalkan falsafah diri anda tentang lakonan ketika berhadapan dengan pelakon-pelakon komedi di set penggambaran filem ini?
Saya berasa sangat selesa berada di set penggambaran filem ini. Tidak pernah berada dalam fikiran saya, ‘Oh Tuhan, apa yang aku buat di sini?’. Bagaimanapun saya menyukainya.






Dipetik dari: http://kosmo.com.my

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts