My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Pertembungan maruah




HO CHI MINH CITY – “Jangan pula kita kalah dengan Singapura kerana ia maruah bola sepak negara.”
Demikian tegas jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal menjelang perlawanan terakhir Piala Eximbank Millenium Thang Long 2010 menentang Singapura di Stadium Thong Nhat di sini petang ini.
Malaysia kini di tangga tercorot tanpa sebarang mata selepas tewas 1-2 kepada Vietnam Selasa lalu dan tewas 0-2 kepada Iran kelmarin.
Namun jika menang, Malaysia akan menduduki tempat ketiga kerana Singapura baru mengutip dua mata selepas seri dengan Iran (1-1) dan Vietnam (0-0).
“Ramai fikir saya hanya beri alasan apabila kita kalah. Tapi secara keseluruhannya kita main dengan baik, cuma peluang yang kita dapat gagal dimanfaatkan.
“Banyak perkara positif sebenarnya diperoleh selepas mengharungi dua perlawanan. Saya yakin pemain akan bangkit untuk menewaskan Singapura,” katanya ketika ditemui di Hotel Oscar Saigon semalam.
Rajagobal dijangka terus meletakkan harapan kepada gandingan Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha untuk membolosi kubu Singapura yang ditunjangi dua pemain senior, Lionel Lewis dan Daniel Bennett.
Bagi Safee, 26, yang merupakan pemain paling senior dalam pasukan, dia masih belum berpuas hati dengan persembahannya biarpun telah mendapat pujian Rajagobal.
“Memang dua perlawanan sebelum ini saya banyak dapat peluang tetapi gagal diterjemahkan dengan gol. Jika tidak pasti boleh ubah keputusan perlawanan.
“Apa pun saya harap pada aksi menentang Singapura, gandingan bersama Norshahrul akan lebih menjadi dan nasib memihak kepada saya untuk menjaringkan gol,” kata Safee.
Ketua pasukan, Aidil Zafuan Radzak pula yang akan bergandingan dengan Muslim Ahmad setelah Nasriq Baharom digantung akibat kad merah ketika bertemu Iran berkata, kesilapan mudah serta kurang fokus menjadi punca dua kekalahan sebelum ini.
“Demi maruah diri sendiri, pasukan dan negara, kita kena menang dengan Singapura. Kita cuba untuk meraih tempat ketiga kerana tak mahu pulang sebagai pasukan di tangga tercorot,” kata Aidil.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my

Perosak Rumahtangga tunjukkan Cinta


GAYA pasangan romantik Fasha dan Jejai di Restoran Bora Ombak, Ampang semalam.


KUALA LUMPUR - Setelah tiga bulan mendiamkan diri, pasangan kontroversi Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli muncul bersama di khalayak umum semalam.
Lebih menarik, Rizal, 33, yang merupakan bekas suami aktres Nora Danish menemani Fasha dalam mood sangat mesra pada satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Fasha sendiri.
Kemunculan mereka di Restoran Bora Ombak, Ampang itu mengesahkan desas-desus bahawa Fasha sememangnya ada niat mahu bersuamikan Rizal yang lebih mesra dengan panggilan Jejai.
Malah sudah menjadi cakap-cakap di kalangan teman rapat bahawa Fasha memang mahu bersuamikan Jejai sebelum anak bekas Menteri Besar Perak itu berkahwin dengan Nora lagi tetapi hubungan mereka mendapat tentangan keluarga.
Semalam pasangan romantik itu menyedari kehadiran mereka menarik perhatian sekumpulan wartawan yang dijemput ke majlis itu

Ecuodor: Tentera vs Polis


GAMBAR menunjukkan Rafael Correa memakai topeng gas dan duduk di atas kerusi roda semasa beliau diselamatkan oleh anggota-anggota tentera daripada kepungan polis di Quito, Ecuador kelmarin.


QUITO - Ecuador diletakkan di bawah perintah darurat semalam selepas askar-askar menyelamatkan Presiden Ecuador, Rafael Correa dari sebuah hospital selepas dia dikepung oleh anggota-anggota polis dan melepaskan gas pemedih mata ke arahnya.
Presiden dan Kabinetnya menganggap pemberontakan yang dilakukan oleh anggota polis itu sebagai percubaan untuk merampas kuasa.
Anggota-anggota polis itu sanggup melakukan kepungan selama 12 jam itu selepas mereka marah dengan undnag-undang baru yang memotong elaun untuk kakitangan awam.
Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) turut memberi amaran kepada pihak yang mengancam demokrasi Ecuador manakala Correa mendapat sokongan penuh daripada Washington.

RAFAEL CORREA


Lapangan Terbang Mariscal Sucre dan lapangan terbang di Guayaquil serta Manta yang ditutup kepada penerbangan antarabangsa kelmarin dibuka semula selepas kekecohan akibat tindakan polis.
Sekurang-kurangnya dua anggota polis dan askar terbunuh manakala berpuluh lagi cedera kelmarin semasa operasi menyelamat yang dilakukan tentera dibuat.
Beberapa jam sebelum Correa diselamatkan, Ketua Tentera Ecuador, jeneral Ernesto Gonzales mengisytiharkan tentera taat setia kepada Presiden. - Agensi

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts