My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Lembu rempuh kereta: Salah siapa?


Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengangkat bangkai dua ekor lembu yang mati akibat merempuh sebuah kereta di Persiaran Utara, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 3 Jan. -- Dua ekor lembu yang bunting telah merempuh sebuah kereta Proton Waja di Persiaran Utara dari Hospital Serdang menghala ke Putrajaya mengakibatkan dua kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi swasta cedera ringan.

Kejadian yang berlaku pada tengah hari tadi menyebabkan cermin depan kereta mangsa pecah manakala bahagian depan kereta kemek.

Mangsa, Mohd Najib Seth, 27 berkata, kejadian itu berlaku sekelip mata kerana dua ekor lembu berkenaan berlari terlalu pantas dan tidak menghiraukan kehadiran kenderaan di jalan raya berkenaan.

"Saya tidak menyedari kehadiran lembu berkenaan sehinggalah salah seekor melompat ke cermin depan kereta sementara seekor lagi melintasi kereta kami."

"Saya menjerit menyebabkan rakan saya yang sedang memandu mengelak ke laluan sebelah kiri dan nasib kami baik kerana ketika itu tidak ada kenderaan lain yang melalui laluan sebelah kiri," katanya kepada wartawan yang hadir di tempat kemalangan.

Beliau berkata, lembu berkenaan diawasi oleh penjaga lembu ketika mahu melintas di kawasan bersama sekumpulan lembu lain tetapi sebaik sahaja kemalangan berlaku didapati kumpulan lembu itu terus lesap bersama-sama gembalanya.

Rakannya, Mohd Khairul Nizam Zakaria, 25, berkata, beliau tidak menyedari kehadiran dua ekor lembu berkenaan dan cuba mengelakkan kenderaan ke sebelah kiri selepas rakannya menjerit melihat lembu melompat di atas kereta.

"Saya sangat terkejut apabila tiba-tiba ada lembu melompat dari sebelah kanan kami menyebabkan cermin depan pecah dan tangan saya cedera terkena serpihan kaca berkenaan."

"Sebelum ini, kami sering melalui jalan ini kerana menyelesaikan beberapa urusan di Putrajaya dan selalu ternampak kelibat haiwan berkenaan melalui jalan ini untuk ke seberang jalan," katanya.

Beliau berkata, tindakan pemilik lembu itu membiarkan haiwan ternakannya melepasi laluan itu boleh mengundang kemalangan kepada pengguna lalu lintas sekali gus mengganggu perjalanan trafik di kawasan itu. - BERNAMA

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts