My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Rooney: Jadi TUMPUAN walaupun x main

http://www.eworldpost.com/wp-content/uploads/2010/09/wayne-rooney-scandal.jpg

STOKE: Kunjungan Manchester United ke Stoke hari ini akan sekali lagi didominasi oleh Wayne Rooney (gambar) walaupun pemain itu terlepas aksi kerana masalah kecederaan buku lali selepas menyambung kontrak.

Rooney, 24, bersetuju dengan kontrak baru lima tahun yang membolehkannya kekal di Old Trafford hingga 2015 selepas spekulasi dia mungkin akan meninggalkan kelab itu Januari depan.


Ia satu berita gembira buat kelab yang bergelut pada minggu pembukaan musim, seri setiap empat perlawanan mereka di gelanggang lawan sekali gus ketinggalan di belakang Chelsea dan Manchester City di puncak carta liga.



Rooney mempersoalkan sama ada kelab itu akan mencabar kejuaraan tetapi difahamkan dia dipujuk oleh Alex Ferguson bahawa United ada masa depan yang cerah.

Walaupun dia tidak akan bermain, Rooney akan tetap menjadi topik perbualan dan pemerhati pasti berminat melihat bagaimana sambungan kontrak itu diterima oleh penyokong kelab.


Ada kain rentang anti-Rooney ketika kemenangan 1-0 ke atas Bursaspor pada pertengahan minggu dan beberapa penyokong malah pergi ke rumah pemain itu Khamis lalu untuk melahirkan kemarahan mereka.

United pastinya perlu melakukan sesuatu selepas hanya mampu seri di Fulham, Everton, Bolton dan Sunderland.


Keputusan seri 2-2 hujung minggu lalu dengan West Brom adalah kali ketiga musim ini United mensia-siakan pendahuluan.


Pertahanan United, Patrice Evra berasakan pasukan Ferguson perlu lebih berbisa jika tidak mahu terus ketinggalan di belakang juara bertahan, Chelsea.


“Kami sudah terlalu banyak kehilangan mata. Saya tidak fikir kami boleh berkata ia sesuatu yang tidak sengaja kami hilang pendahuluan kerana ia berlaku menentang Fulham, Everton, Liverpool dan West Brom.


“Kami memberikan ruang kepada orang untuk mengkritik kami dan itulah kesilapan kami. Kami perlu menyedarinya. Kami tidak patut dibolosi banyak gol atau mensia-siakan pendahuluan pada hujung perlawanan.” - AFP


Dipetik dari: myMETRO

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts