My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Jepun bimbang loji nuklear meletup lagi

  The Fukushima Daiichi nuclear power plant in  Okuma town in the Fukushima prefecture. The Fukushima crisis boldly underlines the nuclear safety question. — AFP picture

LOJI nuklear Fukushima Daiichi di bandar Okuma, timur laut Jepun.


TOKYO - Para pekerja di loji nuklear Fukushima Daiichi, Jepun mengepam gas nitrogen ke dalam reaktor yang rosak bagi mencegah letupan daripada berlaku manakala kerajaan Jepun menimbang untuk meluaskan zon pengasingan di sekitar loji berkenaan.

Ketika krisis kebocoran loji nuklear Fukushima Daiichi masuk minggu keempat semalam, pengendalinya, Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) menyatakan, pihaknya bimbang pengumpulan gas hidrogen di reaktor No.1 boleh menyebabkan satu lagi letupan berlaku di tapak loji tersebut.

Sebelum ini berlaku beberapa letupan di loji tersebut yang bermula sejak 12 Mac lalu.

Ketua Jurucakap Kerajaan Jepun, Yukio Edano menyatakan, Tokyo sedang menimbang untuk meluaskan zon perpindahan di sekitar loji itu daripada 20 kilometer yang dikuatkuasakan sekarang.

Langkah tersebut susulan kenyataan sebuah pertubuhan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa zon tersebut perlu diperluaskan.

"Setakat ini, standard keselamatan kami untuk penduduk tempatan adalah mereka akan diarah supaya berpindah jika tahap radiasi mencecah bacaan 50 milisievert atau lebih tinggi," katanya.

Mengulas mengenai usaha mengepam gas nitrogen ke dalam reaktor terbabit, Edano memberitahu bahawa proses itu berjalan dengan lancar.

Katanya, sebanyak 6,000 kubik meter nitrogen akan digunakan dengan proses itu yang dijangka mengambil masa enam hari.

TEPCO menyatakan, ia turut merancang mengepam nitrogen ke dalam reaktor No.2 dan No.3 sebagai langkah berjaga-jaga.

Loji nuklear Fukushima Daiichi mengalami kerosakan akibat gempa bumi sekuat 9 pada skala Richter dan tsunami yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac lalu yang turut mengorbankan lebih 12,500 orang dengan 15,000 lagi masih hilang setakat ini. - AFP

Kemusnahan: Universiti Malaya dilanda ribut



Bangsar :  Universiti tertua Malaysia dilanda ribut mengakibatkan pokok berhadapan kolej kediaman kedua tumbang dan menghalang lalulintas. Pasukan keselamatan dikerah ke tempat kejadian bagi membuka jalan  keluar kepada kenderaan yang terperangkap. Laluan dua hala digunakan oleh pasukan Keselamatan bagi membolehkan kenderaan dari Fakulti Undang-Undang, Fakulti Pergigian, dan Fakulti Perubatan  bergerak keluar dari kampus.
 
Ketika pasukan keselamatan sibuk membuka jalan bagi membolehkan kenderaan terperangkap keluar dari kampus, angin kencing bertiup sekali lagi dan mengakibatkan dahan pokok jatuh menghempap kereta Toyota Camry yang datang dari arah Kuala Lumpur. Akibat dari dahan pokok yang jatuh itu juga kereta yang dipandu Mr. Sing yang keluar dari Fakulti Undang-Undang tidak sempat mengelak dahan pokok berkenaan lalu tergelincir ke dalam longkang. Orang awam yang terdiri di kalangan student dan staff yang melihat kejadian itu bergegas menolong mangsa.


Ikuti berita kampus untuk mengetahui kejadian seterusnya.

Fasha SONDOL: Carian Tertinggi Di Google Malaysia


FASHA SANDHA


KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fasha Sandha menduduki tempat pertama di negara ini dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan Januari lalu.

Jurucakap Google Malaysia berkata, Fasha dicari ekoran kisahnya memakai bikini di Bali, Indonesia dan tersebar di Internet meluas baru-baru ini. Kisah Fasha menjadi topik hangat pada kedudukan 10 teratas untuk bulan Januari manakala selepas itu Anugerah Juara Lagu ke-25 pula menduduki tempat kedua.

"Pelakon Ayu Raudhah yang berkahwin dengan pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak juga banyak dicari sepanjang bulan lepas," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! disini semalam.

Sumber: KOSMO! Online

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts