My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

CALON PKR BATU SAPI: Ansari Abdullah

SANDAKAN: Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Ansari Abdullah dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi.


Pengumuman pemilihan Ansari sebagai calon pilihan raya kecil itu dibuat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Hakka di sini.


Ansari, seorang peguam kanan profesional, juga adalah ketua cabang PKR Tuaran.


Pilihan raya kecil Batu Sapi diadakan berikutan kematian penyandangnya, mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu.


Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan pada Selasa ini dan pengundian pada 4 November.-Bernama

12 Bas Express Budaya TERBAKAR: Adakah Perbuatan Khianat?!

BAS ekspres yang dalam perjalanan ke Alor Setar terbakar berhampiran Terowong Menora, di Kuala  Kangsar, awal pagi semalam.gambar hiasan-bhnews@bharian.com.my
2010/07/22



http://ibnrajab.files.wordpress.com/2008/07/budaya.jpg

KOTA BAHRU: Dua belas bas Ekspres Budaya musnah dalam kebakaran di depoh simpanan bas itu di Kampung Panji, Pengkalan Chepa di sini, tengah malam tadi.

Pegawai Operasi syarikat bas ekspres itu, Kamaruzaman Abdullah berkata, kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan bernilai RM6 juta.



"Kebakaran semua bas yang diletakkan berhampiran dan tersusun antara satu sama itu disedari oleh pengawal keselamatan pada kira-kira pukul 12 tengah malam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Beliau berkata bas ekspres itu baru sahaja diletakkan di situ selepas selesai menurunkan penumpang dari beberapa destinasi.

Kebakaran itu merebak terlalu cepat dan ketika bomba tiba, 70 peratus bas berkenaan telah musnah terbakar, katanya.


Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

"Polis masih menyiasat punca kejadian bagi menentukan sama ada ia membabitkan jenayah atau tidak," katanya. -Bernama

Lanun rampas kapal LPG Singapura

SINGAPURA: Sebuah kapal yang berdaftar di Singapura ditawan oleh lanun di perairan Mombasa, Kenya, kata pihak berkuasa pelabuhan hari ini.

Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata, pihaknya menerima laporan bahawa kapal gas cecair petroleum, York itu di naiki lanun pada kedudukan kira-kira 90 batu nautika dari Mombasa.


Ia menerima amaran kecemasan pada kira-kira jam 8.25 malam tadi waktu tempatan.


Ketika kejadian, kapal itu dilapor dalam perjalanan dari Mombasa ke Mahe, Seychelles dan terdapat 17 krew di atas kapal terbabit.

MPA kini bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dan pemilik kapal, York Maritime Company Pte Ltd untuk menangani perkara itu.-Bernama

Dipetik dari: myMETRO

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts