My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

TIDAK TERJEJAS :Kadar dividen KWSP

UEM memberi jaminan bahawa tahap perkhidmatan dan penyelenggaraan di lebuh raya PLUS akan diutamakan selepas transaksi pengambilalihan.


KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi jaminan bahawa kadar dividen kepada para pencarumnya tidak akan terjejas dalam masa terdekat ini.
Ia berikutan cadangan pengambilalihan kesemua perniagaan termasuk kesemua aset dan tanggungan PLUS Expressway Bhd. (PLUS) dengan nilai sebanyak RM23 bilion oleh KWSP dan UEM Group Bhd. (UEM).

Pengambilalihan itu akan dilakukan melalui sebuah entiti pelaburan bersama yang mana UEM akan memiliki kepentingan sebanyak 51 peratus dalam syarikat pengendali lebuh raya bertol kelima di dunia itu manakala bakinya dipegang oleh KWSP.
Tahun lalu hampir 12 juta pencarum KWSP menikmati kadar dividen sebanyak 5.65 peratus berbanding 4.50 peratus pada tahun 2008. Pengagihan kadar tersebut adalah berdasarkan kepada pendapatan bersih tertinggi yang pernah dicapainya iaitu RM19.63 bilion.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP, Shahril Ridza Ridzuan berkata, memandangkan transaksi pengambilalihan tersebut dijangka selesai dalam masa setahun maka tiada sebarang kesan dapat dilihat pada kadar dividen yang bakal diumumkan bagi tahun kewangan semasa.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my

PDRM tubuh unit 'RISIKAN' ala-ala CSI gitu...





KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang membangunkan sistem "Central Intelligence Unit" (CIU) sebagai strategi jangka panjang untuk meningkatkan kemampuan polis dalam menyelesaikan kes jenayah berpandukan maklumat risikan tepat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata PDRM juga sentiasa menambah jumlah pegawai penyiasat dari semasa ke semasa untuk memenuhi kuota yang ditetapkan.
Beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, PDRM berjaya menyelesaikan 230 kes atau 59.74 peratus daripada 385 kes bunuh yang dilaporkan.

"Bagi tahun 2008, sebanyak 446 kes atau 68.2 peratus daripada 654 kes telah diselesaikan dan bagi tahun 2009, jumlah penyelesaian kes ialah 392 kes atau 65.55 peratus daripada 598 kes yang dilapor," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai statistik penyelesaian kes bunuh di negara ini dan langkah kerajaan dalam memerangi jenayah berat seperti bunuh dan rompakan.

Abu Seman berkata, kes jenayah seperti samun, bunuh, rogol dan mencederakan dikategori sebagai jenayah kekerasan dan bagi memeranginya, PDRM sentiasa meningkatkan rondaan dengan melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA), Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

"Sehingga 20 September lalu, seramai 4,725 anggota Rela dan JPAM dilantik khusus untuk menjalankan tugas itu," katanya.
Abu Seman berkata, PDRM juga memiliki Pasukan Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI) di bawah Makmal Forensik.

Beliau berkata, Makmal Forensik yang mula beroperasi sepenuhnya pada 2002 itu ditubuh untuk menyelesaikan kes jenayah yang memerlukan kaedah penyiasatan canggih untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.

"Anggota Pasukan CSI juga diwujudkan dalam kontinjen PDRM di seluruh negara selain daripada yang dilantik dan ditempatkan di Makmal Forensik di Cheras," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN-Kangar). - BERNAMA

Dipetik dari: http://www.bharian.com.my

US & ISRAEL SEPAKAT: IRAN sebagai ancaman Asia Barat




WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Israel berkata Iran adalah antara "cabaran hebat" kepada kestabilan di Asia Barat dan mengulangi komitmen untuk menghalang negara itu daripada membangunkan senjata nuklear.

Dalam satu kenyataan bersama selepas mesyuarat di Washington, pegawai kanan AS dan Israel berkata program nuklear Iran dan sokongannya terhadap kumpulan militan antiIsrael adalah satu "kebimbangan besar" dan berikrar akan menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear.
Perbincangan itu adalah sebahagian daripada Dialog Strategik AS-Israel.

“Sementara dialog strategik hari ini mencakupi perlbagai perkara, adalah jelas Iran antara cabaran hebat yang kami hadapi hari ini di Asia Barat," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan Jabatan Negara. - AP

 Dipetik dari: http://www.bharian.com.my/



Say Iran "greatest challenge" to region's stability


US & Israel agree Iran prime threat to Mideast


Israeli Deputy Foreign Minister Daniel Ayalon held talks in Washington (File)
  Israeli Deputy Foreign Minister Daniel Ayalon held talks in Washington

The United States and Israel early Tuesday said Iran is among the "greatest challenges" to stability in the Middle East and reaffirmed their commitment to preventing the country from developing nuclear weapons.

After talks in Washington, senior U.S. and Israeli officials said in a joint statement that Iran's nuclear program, along with its support of anti-Israel militant groups, are of "grave concern," and they pledged to keep Iran from acquiring atomic arms. The discussions were part of the semiannual U.S.-Israel Strategic Dialogue.

Israel views Iran as a looming threat and the U.S. has led international efforts to pressure Iranian authorities into coming clean on its nuclear program, which Western intelligence believes is a cover for atomic weapons development. Iran denies the charges but has defied international pressure and sanctions to prove its nuclear program is peaceful.
"While today's strategic dialogue covered many subjects, it is clear that Iran is among the greatest challenges we face today in the Middle East," said the statement, which was released by the State Department in the names of Deputy Secretary of State James Steinberg and Israeli Deputy Foreign Minister Daniel Ayalon.

"Iran's continued noncompliance with its international obligations related to its nuclear program, as well as its continued support for terrorist entities, are of grave concern to our two countries and the entire international community," they said.


"Continued efforts by the international community to address Iran's actions through both pressure and engagement are critical to changing Iran's strategic calculus and preventing Iran from acquiring a nuclear weapons capability," the statement said.

Monday's meeting between U.S. and Israeli officials came as Israeli-Palestinian peace talks remain stalled over Israel's refusal to extend a freeze on West Bank settlement construction. The joint statement did not address that issue. However, both Steinberg and Ayalon said the U.S. and Israel are committed to Arab-Israeli peace.

The two countries "re-emphasized their commitment to the pursuit of lasting peace between Israel and the Palestinians, and between Israel and all of its neighbors," the statement said.

Resource from: http://www.alarabiya.net/

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts