My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Spekulasi: Harga susu naik

KUALA LUMPUR – Laporan kenaikan harga susu termasuk produk tenusu tempatan naik dalam tempoh terdekat ekoran peningkatan harga bahan mentah barangan tenusu di pasaran dunia dianggap spekulasi semata-mata.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) menegaskan, spekulasi tersebut yang hangat diperkatakan ketika ini oleh sesetengah pihak adalah tidak benar sama sekali.
Justeru beliau menasihatkan pengguna supaya tidak perlu bimbang sebab harga susu masih dikekalkan seperti biasa dan belum ada lagi sebarang kenaikan.
“Namun oleh sebab harga jualan susu bukan berada di bawah produk kawalan harga, jika berlaku kenaikan pada masa depan, kementerian tidak berkuasa mengambil sebarang tindakan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan berhubung harga tepung susu tanpa lemak yang merupakan bahan mentah tenusu utama dijangka meningkat lebih AS$3,000 (RM9,630) satu tan metrik pada tahun ini berbanding AS$2,100 (RM6,741) dalam suku keempat tahun lalu.

Mansuhkan UPSR & PMR: Laporan cadangan siap

KUALA LUMPUR – Laporan penuh perhubungan cadangan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah siap.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat.
“Pada masa kini belum ada keputusan akhir lagi, biar Timbalan Perdana Menteri yang umumkan. Setahu saya laporan itu sudah siap,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Projek Fasa Kedua Pendidikan Malaysia-Australia untuk Afghanistan (MAEPA) di Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa Lembah Pantai di sini.
MAEPA merupakan projek usahasama Malaysia dan Australia untuk melatih jurulatih utama dari Afghanistan bagi mempelajari kemahiran pedagogi dan penyampaian pendidikan dalam meningkatkan kualiti pendidikan di negara peserta.
Mohd. Puad berkata, keputusan sama ada memansuhkan kedua-dua peperiksaan itu perlu dibuat secara berhati-hati bagi memastikan ia merupakan satu keputusan yang memberi manfaat kepada pelajar sekolah di negara ini.

Rampas: Zoo mini Anson Wong kena serbu


KAKITANGAN Perhilitan membawa keluar salah seekor daripada dua ekor harimau benggala dari sebuah dusun buah-buahan di Teluk Bahang, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Sebanyak 120 ekor haiwan yang terdiri daripada pelbagai jenis dirampas oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sebuah dusun buah-buahan di Teluk Bahang dan sebuah premis di Jalan Jones di sini, dalam operasi selama dua hari sejak kelmarin.
Dalam operasi membabitkan 20 pegawai Perhilitan di dusun milik keluarga penyeludup haiwan antarabangsa, Anson Wong Keng Liang (gambar), 52, atau turut dikenali sebagai ‘Raja Cicak’ semalam, sebanyak dua ekor harimau benggala, empat ekor kucing hutan, seekor buaya dan tiga ekor ular sawa dirampas.
Operasi yang turut disertai kakitangan Zoo Melaka itu mendapati, kesemua haiwan tersebut disimpan oleh Anson Wong dan isterinya, Cheah Bing Shee dalam dusun berkenaan yang seakan-akan zoo mini yang terletak kira-kira 50 meter dari Jalan Teluk Bahang-Balik Pulau berhampiran Sungai Pinang.
Dusun buah-buahan keluarga Anson Wong yang terletak berhampiran Pusat Rekreasi Air Terjun Titi Kerawang itu dipercayai dijadikan tempat dia menyimpan pelbagai spesies haiwan yang dilindungi sejak beberapa tahun lalu.
Terdahulu dalam operasi kira-kira pukul 8 malam kelmarin, pihak Perhilitan telah merampas sebanyak 50 ekor haiwan yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu biawak, ular, kura-kura serta pelbagai jenis ular sawa dan ular berbisa.
Turut dirampas pada hari yang sama ialah 60 ekor haiwan lain yang kebanyakan terdiri daripada pelbagai spesies unggas liar yang disimpan Anson Wong di sebuah premis di Jalan Jones di sini.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts