My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Air mata Alyah di Kewaja


ALYAH (kanan) bersama Farhan hadir untuk memberi semangat kepada para penghuni Kewaja.


SUASANA terharu dan pilu menyelubungi apabila kumpulan nasyid terkenal tanah air, Raihan mengalunkan vokal mereka menerusi lagu Damba Cintaku.
Begitu senario yang dapat dilihat pada majlis yang berlangsung sejurus sebelum Ramadan berlalu pergi untuk memberi laluan kepada Syawal kali ini di Pusat Kebahagiaan Wanita Remaja (Kewaja), Kampung Sungai Mulia, Gombak, Selangor.
Hampir keseluruhan penghuni Kewaja yang terdiri daripada para remaja perempuan yang terlanjur dari segi sosial itu menitiskan air mata. Jelas tertera seribu kekesalan dan keinsafan para penghuni rumah perlindungan yang diasaskan sepasang suami isteri, Yahya Mohamed Yusof dan Ruzita Bahrum sejak sedekad yang lalu itu.
"Di sini, kira-kira 200 penghuni dilindungi dan diberi pendidikan agama. Bagi remaja yang hamil luar nikah, apabila mereka sudah selamat melahirkan anak, selalunya bayi tersebut diberikan untuk dipelihara oleh keluarga angkat dan mereka akan meneruskan hidup dengan semangat baru," jelasnya."
Kehadiran Raihan serta beberapa artis lain termasuk Alyah, Farhan, Amirul, Iqwal dan Kelvin Lau di Kewaja menerusi majlis anjuran Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang dibawakan oleh Wafa Gallery itu sedikit sebanyak berjaya menyuntik sokongan moral buat para penghuni Kewaja bahawa masih ada golongan dalam masyarakat yang mengasihi mereka.
Azalina dalam ucapannya berkata, para remaja yang menghuni Kewaja harus menguatkan semangat untuk terus hidup.
"Allah sentiasa memaafkan umat-Nya serta jangan diulangi apa yang sudah terjadi. Hidup ini perlu diteruskan," ujarnya yang turut memberikan sumbangan duit raya kepada para penghuni Kewaja di samping sumbangan bagi kos pembelajaran di Kewaja berjumlah RM10,000.
Dalam pada itu, Alyah bersama Farhan yang dilihat cuba menenangkan dan memberi kata-kata semangat kepada para penghuni Kewaja tidak dapat menahan emosinya apabila telah mengalirkan air mata pada majlis tersebut.
"Saya berasa sebak dengan nasib dan pengalaman yang telah dilalui para penghuni Kewaja tetapi saya berharap remaja-remaja ini kuatkan semangat apabila mereka keluar dari tempat ini untuk menjalani kehidupan dalam masyarakat yang penuh pancaroba, tambahan apabila menghayati lagu indah alunan Raihan itu" ungkap Alyah.

PRIHATIN. Azalina (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Yahya.


Che Amran Idris yang mewakili Raihan pula berkata: "Harap adik-adik penghuni Kewaja ini menyedari bahawa Allah masih menyayangi mereka. Setiap manusia ada melakukan kesilapan dan hanya Allah tempat kita meminta keampunan."
Sementara itu, Azalina dengan kerjasama De Media And Event Entertainment bakal menganjurkan Konsert Rumah Terbuka bertemakan 1Malaysia di Dewan Kejora, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor pada esok, Sabtu.
"Jamuan rakyat akan diadakan pada pukul 9.30 pagi yang mana makanan pelbagai citarasa kaum disediakan secara percuma untuk pengunjung rumah terbuka tersebut," ujar Azalina.
Paling mengujakan sudah tentu kemunculan barisan artis yang bakal membuat persembahan iaitu Nash, Aishah, Saleem dan Ifa Raziah. Antara lagu yang dijangka dialunkan mereka cukup kena dengan suasana Aidilfitri ini termasuklah Musafir Di Aidilfitri, Cahaya Aidifitri dan Senandung Lebaran.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm

Nafi kahwin ahli politik


Gambar Zahida Rafik yang menawan ini dirakamkan di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Pelakon Zahida Rafik menafikan gosip-gosip di Internet bahawa dia sudah berkahwin dengan seorang ahli politik Malaysia di London baru-baru ini.
Mengakui dirinya tertekan dengan gosip tersebut, pelakon berusia 35 tahun itu menegaskan gosip itu sudah pasti tidak disenangi oleh isteri ahli politik berkenaan.
"Mana ada saya kahwin? Tak baik gosip saya dengan dia. Kalau isteri dia percaya, saya juga yang susah," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Zahida diminta mengulas dakwaan kononnya dia sudah melangsungkan perkahwinan dengan ahli politik berkenaan di London.
Perkahwinan tersebut dikatakan berlangsung sebelum bulan Ramadan lalu.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Geng Han Taiko berkubur


TIMBALAN Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supritendan Adnan Azizon menunjukkan kereta-kereta curi yang dirampas daripada lapan lelaki di Batu Pahat, Johor semalam.


BATU PAHAT – Polis menumpaskan Geng Han Taiko yang giat mencuri kereta di sekitar daerah ini sejak beberapa bulan lalu selepas menahan lapan lelaki dalam operasi khas di beberapa kawasan selama lima hari yang berakhir Isnin lalu.
Dengan tertangkapnya lapan suspek berusia antara 28 dan 38 tahun itu, polis percaya dapat menyelesaikan lapan kes curi kereta yang dilaporkan di daerah ini.
Difahamkan, suspek menggunakan taktik memerhati sebelum mengumpil pintu kereta dalam tempoh 10 saat sahaja menggunakan kunci yang diubahsuai sebagai modus operandi mereka.
Biasanya kegiatan itu akan dilakukan berdua di mana salah seorang ditugaskan untuk mengawasi keadaan sekeliling manakala seorang lagi mengumpil kereta sebelum menukar nombor pendaftaran.
Mereka digelar Geng Han Taiko kerana ketua kumpulan itu yang berusia 32 tahun dikenali sebagai Ah Han. Biasanya, mereka akan mencuri kereta yang diletakkan di tempat-tempat sunyi termasuk di kawasan meletak kenderaan di pusat beli-belah.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris berkata, selain tangkapan, polis turut merampas lapan buah kereta yang dicuri suspek.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts